Monday 18 October 2021

Sudahkah kita bersedia untuk Learn, Unlearn, Relearn?


@yusmyun

♬ original sound - Yusmyun
Lebih kurang begini ceritanya... 
Suatu ketika apabila Alvin Toffler sedang duduk dengan anaknya, beliau memerhati gelagat anaknya dengan telefon yang dipegangnya. Beliau melihat anaknya sibuk menjawab mesej yang diterima dari pelbagai pihak, sedangkan pada masa itu anaknya sepatutnya meluangkan masa bersamanya. Walaupun sibuk menjawab mesej2 kerja, masih dapat duduk bersama beliau. Jadi dia pun menggambarkan apa yang berlaku itu sebagai "ubiquitous"(disebut "yubikwites - maaf ini bukan transkripsi yang sebenar, sekadar cara menyebut dengan betul)
Ubiquitous ini membawa maksud sesuatu yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Hasil daripada pemerhatian beliau, beliau menulis bagaimana untuk kita kekal relevan dalam abad ke-21. Beliau menjelaskan golongan yang buta huruf pada abad ini, bukanlah orang yang tidak pandai membaca dan menulis, tetapi golongan yang buta huruf adalah orang yang tidak dapat 'learn, unlearn, dan relearn'. Maksudnya di sini, kita pernah belajar tentang sesuatu, tapi pada abad ini, kita perlu "lupakan" atau "gugurkan" apa yang telah dipelajari kerana ilmu itu sudah lapuk, ketinggalan, jadi kita perlu "belajar semula" untuk sentiasa "update" dengan apa yang berlaku sekarang. 

Contoh 1: 
Saya dulu pernah mengambil program Ijazah sarjana muda dalam Computer Programming. Saya ambil program tu pada tahun 1993-1994 sewaktu saya bekerja sebagai kerani di sebuah bank di Pulau Pinang. Sewaktu tu saya belajar WORDSTAR LOTUS 1-2-3 dan dengan ilmu yang saya pelajari saya boleh programkan sebuah komputer yang kosong pada ketika itu. Tapi sekarang ini, ilmu itu sudah tak relevan, jadi saya perlu lupakan apa yang saya belajar dulu, dan saya belajar ilmu-ilmu baharu dalam penkomputeran... 

Contoh 2:
Dulu cikgu sangat mahir mengendalikan Telefon Bimbit Nokia 3310, dan sekarang cikgu kena lupakan cara pengendalian tersebut, sbb cikgu dah pakai Smartphone... 

Dalam konteks kita sebagai ahli kepada Community of Practice (CoP), melalui PLC, kita perlu berfikiran terbuka dan "learn, unlearn, relearn". Kita kena lihat secara microscopic (secara terperinci), jadi kita kena ubah, lupakan cara yang kurang tepat, yang selama ini kita hanya lihat pada mata kasar (BIG DATA), jadi kita perlu belajar mcm mana nak tengok isu dan intervensi secara microscopic (SMALL DATA), dan untuk setiap intervensi, tidak berhenti di situ, tetapi penilaian berterusan...follow up, follow through - on-going process...belajar setiap masa... (sama seperti PBD....proses yang berterusan)...

Insya-Allah, pada post saya yang akan datang, saya akan berkongsi apa yang dimaksudkan dengan Community of Practice (CoP).

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment