Wednesday 20 October 2021

Mempraktik Elemen 6K dalam Riadah!

 Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, berada di sini sekali lagi pada hari Sambutan Maulidur Rasul (12 Rabi'ul Awal 1443 H). Berkesempatan bersama dengan insan tersayang mempraktik elemen 6K dalam riadah.

Bolehkah 6K dipraktik dalam riadah? Apakah elemen 6K yang dimaksudkan itu? 


Pembinaan karekter diri
Kecekalan untuk mencapai sasaran 10 000 langkah. Meskipun hanya dapat membuat 8 267 langkah, tidak mematah semangat untuk merancang strategi untuk sesi yang akan datang. Bertanggungjawab dan berintegriti terhadap apa yang dirancang. 

Kenegaraan
Dalam konteks riadah, saya menitikberat kepada pandangan dan penilaian saya dahulu sebelum melihatnya dari sudut yang global. Apabila saya memilih untuk beriadah, ia bukan atas pandangan orang lain, ia kesedaran diri untuk hidup sihat. Walau bagaimanapun, ia sesuatu yang dicontohi dan boleh dicontohi oleh orang lain. Selain daripada itu, pandangan global terhadap aktiviti riadhah adalah ia merupakan salah satu cara hidup sihat.

Kolaboratif
Saya berkolaboratif dengan tulang-belulang dan urat saraf yang dipinjamkan kepada saya oleh Maha Pencipta. Mereka memberi kerjasama dengan memberi izin untuk mengatur langkah dan berlari-lari anak. Tidak banyak langkah, namun sangat seiring dengan niat, akal yang mengawal rasa dan seterusnya mengirim mesej kepada mereka untuk sama-sama mencapai objektif hari ini.  

Komunikasi
Sewaktu melakukan aktiviti riadhah, saya memilih kawasan rekreasi. Selain berkomunikasi secara lisan dengan orang yang dikenali, yang tidak dikenali komunikasi secara non-verbal juga berlaku dengan senyuman dan mengangguk, menegur. Komunikasi yang tidak hanya terhad sesama manusian, saya juga berkomunikasi dengan alam. Menyapa pohon-pohon yang ada di situ yang mengizinkan pengunjung untuk berkongsi teduh dan teguhnya ia berdiri.

Pemikiran kritis dan kreatif 
Sambil berlari-lari anak, persoalan kenapa dan bagaimana untuk menambah baik amalan riadhah. Di mana selepas ini, kenapa di situ, bagaimana tempat yang baharu tu dapat memberi semangat untuk berlari mencapai sasaran.



Sedikit perkongsian...






No comments:

Post a Comment