Amalan PLC amat diberikan penekanan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah kerana amalan ini telah menyokong pembelajaran
sepanjang hayat yang menerapkan amalan kolaboratif di semua peringkat. Hal ini
selari dengan pendapat DuFour (2007) dan DuFour & Easker (2009) yang
menjelaskan bahawa PLC menitikberatkan pembelajaran kepada semua yang mengamalkan kolaboratif dan kebertanggungjawaban
terhadap hasilnya.
Sebagai ketua di Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Terengganu, beliau telah menerajui kefahaman tentang keperluan
untuk merealisasikan idea-idea yang besar dalam PLC dan bertepatan dengan moto
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu iaitu ”PPDKT Peneraju Kecemerlangan
Pendidikan.” Moto yang dicipta ini jelas berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang menekankan pendidikan yang berterusan bagi perkembangan
individu secara holistik, harmonis, dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu melihat FPK
sebagai saru rujukan yang tepat untuk melahirkan insan yang berilmu,
berketerampilan, berakhlak, dan bertanggungjawab bagi membentuk keharmonian dan
kemakmuran sejagat.
Amalan Professional Learning Community antara Haji Jelani bin Sulong, PPDKT
dengan Pegawai SISC+
Catatan diedit oleh:
Haji Shukri Ismail, Haji Zakaria Ibrahim, Haji Mohd Yusof Sulaiman dan Haji Sabudin bin Ahmad