Saturday, 27 August 2022
Wednesday, 17 August 2022
PLC dan FIS
Saturday, 13 August 2022
KONSEP PLC
Hmmmmmmmm....Konsep? Apa itu?
Konsep ni dalam bahasa yang mudah difahami ialah sesuatu yang kita faham dan menjadi memori jangka panjang dalam otak kita. Contohnya, kalau saya sebut PAYUNG, apa yang akan datang dalam pemikiran kita atau apa yang kita dapat gambarkan?
Kita mungkin menggunakan 4W1H untuk menjawab soalan apa itu payung - apa itu payung? bilakan kita memerlukan payung? di mana kita boleh dapatkan payung? siapa yang memiliki payung? bagaimanakah kita menggunakan payung? Barangkali inilah soalan-soalan yang boleh kita cetus untuk dapatkan jawapan.
Dalam konteks PLC, kita perlulah faham apa itu PLC? Jadi ingat PLC ingat ini...
F I S
Focus Improve Share
Sembang Coach:
"Apa yang perlu difokus? Apa masalah dengan PdP? Kat part mana yang tak kena? Dah kalau ada yang tak kena, apa yang patut kita buat? Biarkan? Ishh..sudah tentu kita tak akan biarkan. Jadi kita pun buat penambahbaikan. Tapi nak buat macam mana? Seorang diri? Okay, kan kita ada PLC, so jomlah kita fikirkan masalah/isu PdP bersama-sama? Bukan fikir je, tapi dapatkan idea dan buat perubahan kepada PdP. Yeayyyyy! Dah jadi la...nak buat apa pula? Kita kongsilah cara-cara bagaimana masalah/isu itu kita dapat tangani."
Bicara PLC
Salam Sejahtera.
Dalam perkongsian pada kali ini, saya memilih untuk berbicara tentang Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community dalam Bahasa Inggeris.
Dalam konteks yang luas, PLC ini boleh jadi untuk semua komuniti profesional tidak kira dalam apa bidang pun. Walau bagaimanapun, dalam konteks kita sebagai ahli komuniti profesional dalam bidang pendidikan, Rosenholtz (1989), Little dan McLaughlin (1993), DuFour, Eaker, et al (2006) mendifiniskan PLC seperti berikut:
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.
Kalau kita baca bagaimana penyelidik dan pengkaji melihat PLC, mulalah akan timbul persoalan dalam diri seperti seorang rakan guru saya yang menyuarakan pandangan beliau kepada saya.
Nak senang lagi faham, mari kita tengok definisi PLC